Monday, March 19, 2007

Gendang Pahang

Gendang Pahang

Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.

2 comments:

pdBATUSAWAR said...

saya telah memetik definisi gendang pahang dari laman blog pihak cik/puan. definisi tersebut digunakan untuk artikel saya di laman blog pdbatusawar.blogspot.com... terima kasih diatas maklumat yang telah disediakan

Kampung Mela said...

Saya juga memetik untuk artikel di kampungmela.blogspot.com. Terima kasih atas maklumat.