Monday, March 19, 2007

Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri

Bongai
Dikir Barat





Lagu Asli


Boria




Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri

Bongai
Dikir Barat





Lagu Asli


Boria




Alat Muzik Tradisional



Idiofon








Bongai





Bongai





Membra Gendang Pahang













kordofon





erofon









erofon









Keroncong

Muzik Keroncong

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Lagu Irama Asli

Lagu Irama Asli

Lagu-lagu keroncong seperti Keroncong Kemayuran, Selamat Tinggal Bungaku atau Bengawan Solo menjadi begitu antik daripada sudut pendengaran dan penghayatan. Ia kelihatan lapuk di telinga anak-anak muda. Tetapi pada masa yang sama mereka menyanyi-nyanyi Keroncong Untuk Ana. Biarpun keroncong berasal dari Indonesia, Keroncong Untuk Ana bagaikan menyambung akar tradisi muzik Melayu dengan elemen muzik semasa yang masuk ke negara ini. Evolusi muzik sebenarnya adalah proses biasa yang berlaku kepada karya kreatif yang lain. Ia sedikit sebanyak akan mengubah struktur asal kepada yang lebih kontemporari. Tetapi pasti tetap berpegang pada akar tradisi kalau pencipta tahu apa yang dilakukannya. Antara pencipta lagu semasa, M. Nasir kelihatan realistik dengan proses evolusi yang berlaku dalam seni muzik. Dia mengekalkan muzik Melayu dengan membenarkan elemen-elemen baru dalam penciptaannya. Kerana itu tidak hairanlah kalau Inang Pulau Kencana atau Ada (lagu joget) menjadi berbeza sekali penghayatannya dengan lagu-lagu joget atau inang asli. Kemelayuan pada muzik-muzik seperti ini tetap terasa sekalipun bentuk gubahan yang berbeza.

Mengekalkan irama Melayu dalam bentuk yang asli dan memberi gubahan baru terhadap irama asli memang diperlukan dalam memperkayakan khazanah muzik tempatan. Kedua-duanya perlu sebagai kelangsungan satu budaya muzik yang berakar umbi dari budaya Melayu. Disebabkan muzik sentiasa terdedah dengan pengaruh luar, kelahiran lagu-lagu seperti Keroncong Untuk Ana sama pentingnya dengan memelihara skor asal lagu sesebuah lagu keroncong. Malah yang dikatakan muzik Melayu sekarang ini adalah suatu yang lahir daripada evolusi muzik yang bertunas dan bercambah sejak lama dulu. Faktor penjajahan ketenteraan, kedatangan pedagang asing dan kini penjajahan media menjadikan muzik menerima pengaruh dari luar. Penjajahan ketenteraan oleh Portugis pada abad ke-16 membawa irama joget, kedatangan pedagang Arab di zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa dondang sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. Tetapi sebagai karya yang sentiasa mempengaruh dan dipengaruh, proses evolusi tidak pernah berhenti sampai bila-bila. Selalunya evolusi dalam muzik berlaku secara semula jadi. Sama seperti yang berlaku terhadap budaya sesebuah masyarakat yang hanya disedari berubah apabila ia dilihat secara retropektif. Apabila lagu tradisional Melayu diberi pendekatan yang lebih kontemporari, ini bukanlah suatu yang perlu digeruni. Selagi ada kesedaran dan melakukan dengan penuh tanggungjawab, ia pasti tidak putus dari akar budaya asalnya. Kerana itu aktivis dikir barat misalnya perlu realistik dengan kehadiran lagu-lagu seperti Dikir Puteri oleh Suhaimi Mohd. Zain atau Dikir Rambung oleh kumpulan Kapilla. Selain mempertahankan lagu tradisional Melayu dalam bentuk asal, lagu-lagu baru yang bertolak daripada irama tradisional juga wajar diberi tempat. Cuma yang kelihatan sedikit bermasalah ialah kita ketandusan pencipta lagu yang mampu 'menghidu' muzik tradisional dan dikemukakan dalam bentuk baru. Kebanyakkan pencipta hanya memilih muzik yang langsung tidak berteraskan muzik Melayu. Apakah ini kerana muzik yang berteraskan Melayu tidak ada nilai atau sememangnya kalangan kita yang tidak mahu memberi nilai kepada muzik itu? Perkembangan muzik wajar bermula dari sejarahnya. Kalau tidak putus pegangan sejarah, muzik kontemporari pasti berpaut kepada nilai-nilai yang memperlihatkan jati diri bangsa dan budaya. Malah yang paling mendukacitakan semangat kemalaysiaan jarang sekali dimanifestasikan dalam penciptaan muzik. Barangkali muzik Malaysia harus berbeza kerana terdapat elemen-elemen kaum seperti Melayu, Cina dan India. Untuk menjadikan muzik sebuah karya yang berpaut pada akar budaya dan sejarah, ia wajar dikeluarkan dari pengertian dan pengisian hiburan yang murahan. Senario yang berlaku sekarang amat mengecewakan. Apabila lagu tradisional Melayu mula menembusi pasaran, banyak yang cenderung untuk menghasilkan lagu tradisional. Tetapi tanpa hala tuju dan kejujuran berkarya, ia pasti menjadi semakin tempang, dengungannya sumbang. Malah tidak ubah seperti tiung mengajuk manusia berkata-kata.

Muzik Semelai

Muzik Kaum Semelai

Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.

Gamelan

Gamelan

Ia diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.