Bongai
Monday, March 19, 2007
Keroncong
Muzik Keroncong
Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Lagu Irama Asli
Lagu Irama Asli
Lagu-lagu keroncong seperti Keroncong Kemayuran, Selamat Tinggal Bungaku atau Bengawan Solo menjadi begitu antik daripada sudut pendengaran dan penghayatan. Ia kelihatan lapuk di telinga anak-anak muda. Tetapi pada masa yang sama mereka menyanyi-nyanyi Keroncong Untuk Ana. Biarpun keroncong berasal dari Indonesia, Keroncong Untuk Ana bagaikan menyambung akar tradisi muzik Melayu dengan elemen muzik semasa yang masuk ke negara ini. Evolusi muzik sebenarnya adalah proses biasa yang berlaku kepada karya kreatif yang lain. Ia sedikit sebanyak akan mengubah struktur asal kepada yang lebih kontemporari. Tetapi pasti tetap berpegang pada akar tradisi kalau pencipta tahu apa yang dilakukannya. Antara pencipta lagu semasa, M. Nasir kelihatan realistik dengan proses evolusi yang berlaku dalam seni muzik. Dia mengekalkan muzik Melayu dengan membenarkan elemen-elemen baru dalam penciptaannya. Kerana itu tidak hairanlah kalau Inang Pulau Kencana atau Ada (lagu joget) menjadi berbeza sekali penghayatannya dengan lagu-lagu joget atau inang asli. Kemelayuan pada muzik-muzik seperti ini tetap terasa sekalipun bentuk gubahan yang berbeza.
Mengekalkan irama Melayu dalam bentuk yang asli dan memberi gubahan baru terhadap irama asli memang diperlukan dalam memperkayakan khazanah muzik tempatan. Kedua-duanya perlu sebagai kelangsungan satu budaya muzik yang berakar umbi dari budaya Melayu. Disebabkan muzik sentiasa terdedah dengan pengaruh luar, kelahiran lagu-lagu seperti Keroncong Untuk Ana sama pentingnya dengan memelihara skor asal lagu sesebuah lagu keroncong. Malah yang dikatakan muzik Melayu sekarang ini adalah suatu yang lahir daripada evolusi muzik yang bertunas dan bercambah sejak lama dulu. Faktor penjajahan ketenteraan, kedatangan pedagang asing dan kini penjajahan media menjadikan muzik menerima pengaruh dari luar. Penjajahan ketenteraan oleh Portugis pada abad ke-16 membawa irama joget, kedatangan pedagang Arab di zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa dondang sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. Tetapi sebagai karya yang sentiasa mempengaruh dan dipengaruh, proses evolusi tidak pernah berhenti sampai bila-bila. Selalunya evolusi dalam muzik berlaku secara semula jadi. Sama seperti yang berlaku terhadap budaya sesebuah masyarakat yang hanya disedari berubah apabila ia dilihat secara retropektif. Apabila lagu tradisional Melayu diberi pendekatan yang lebih kontemporari, ini bukanlah suatu yang perlu digeruni. Selagi ada kesedaran dan melakukan dengan penuh tanggungjawab, ia pasti tidak putus dari akar budaya asalnya. Kerana itu aktivis dikir barat misalnya perlu realistik dengan kehadiran lagu-lagu seperti Dikir Puteri oleh Suhaimi Mohd. Zain atau Dikir Rambung oleh kumpulan Kapilla. Selain mempertahankan lagu tradisional Melayu dalam bentuk asal, lagu-lagu baru yang bertolak daripada irama tradisional juga wajar diberi tempat. Cuma yang kelihatan sedikit bermasalah ialah kita ketandusan pencipta lagu yang mampu 'menghidu' muzik tradisional dan dikemukakan dalam bentuk baru. Kebanyakkan pencipta hanya memilih muzik yang langsung tidak berteraskan muzik Melayu. Apakah ini kerana muzik yang berteraskan Melayu tidak ada nilai atau sememangnya kalangan kita yang tidak mahu memberi nilai kepada muzik itu? Perkembangan muzik wajar bermula dari sejarahnya. Kalau tidak putus pegangan sejarah, muzik kontemporari pasti berpaut kepada nilai-nilai yang memperlihatkan jati diri bangsa dan budaya. Malah yang paling mendukacitakan semangat kemalaysiaan jarang sekali dimanifestasikan dalam penciptaan muzik. Barangkali muzik Malaysia harus berbeza kerana terdapat elemen-elemen kaum seperti Melayu, Cina dan India. Untuk menjadikan muzik sebuah karya yang berpaut pada akar budaya dan sejarah, ia wajar dikeluarkan dari pengertian dan pengisian hiburan yang murahan. Senario yang berlaku sekarang amat mengecewakan. Apabila lagu tradisional Melayu mula menembusi pasaran, banyak yang cenderung untuk menghasilkan lagu tradisional. Tetapi tanpa hala tuju dan kejujuran berkarya, ia pasti menjadi semakin tempang, dengungannya sumbang. Malah tidak ubah seperti tiung mengajuk manusia berkata-kata.

Muzik Semelai
Muzik Kaum Semelai
Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.

Gamelan
Gamelan
Ia diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Dikir Rebana
Ia memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini. Rebana diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan. Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang.

Gendang Pahang
Gendang Pahang
Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.

Dikir Barat
Dikir Barat
Ia adalah satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai dengan seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Meraka akan sama-sama berbalas pantun dan mendahului nyanyian dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar. Awak-awak akan menyanyi dengan suara yang lantang dan kuat. Alat muzik yang biasa dimainkan ialah rebana ibu,rebanak anak dan tetawak.

Utama / Kesenian / Muzik / Bongai
Bongai
Ia adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.
Alat Muzik Bongai
Berbongai

Boria
Boria
Ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Muzik dan tarian yang dimainkan pun mirip bentuk Arab. Malah bahasa yang digunakan pun tèlor Arab.
Tukang Karang
Kumpulan Boria
Persembahan Boria
Dondang Sayang
Dondang sayang
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Makyong
Muzik dan Peralatan
Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.
Peralatan Muzik
Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.
Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.
Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.
Alat-alat Pembukaan Panggung
Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.

Ghazal
Pengembangan seni muzik ghazal Muzik Ghazal merupakan warisan seni budaya Johor yang terkenal. Perkembangan seni muzik tradisional ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya terus hidup dan berkembang di kalangan generasi muda masa kini. Justeru YWJ telah mengambil inisiatif mengatur program-program pengembangan muzik ghazal sepanjang tahun. YWJ juga telah mengatur jadual pertandingan ghazal bagi kategori remaja dan dewasa pada setiap tahun. Pertandingan peringkat awal bermula dari peringkat zon dan daerah-daerah seluruh Johor hinggalah ke peringkat akhir Remaja Johor dan Dewasa Kebangsaan. Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Ahmad Jusoh untuk kategori Remaja dan juga Piala Pusingan Pak Lomak bagi kategori Dewasa Kebangsaan disamping wang tunai.
Pengembangan seni muzik keroncongProgram pengembangan keroncong diteruskan dengan bertujuan untuk memelihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman serta meneruskan usaha-usaha memelihara dan memperkembangkan warisan seni muzik ini sebagai warisan muzik Melayu tradisional Johor selain daripada seni muzik ghazal. Berbagai kemudahan pembelajaran telah disediakan oleh YWJ bagi tujuan tersebut. Dua orang jurulatih telah didatangkan dari Solo, Indonesia. Selain daripada itu alat-alat muzik keroncong juga turut disediakan.
Pengembangan VokalKelas vokal YWJ telah dimulakan pada pertengahan tahun 1998. Kelas ini diwujudkan untuk meningkatkan mutu seni suara di kalangan para remaja dan juga orang dewasa yang berbakat dan mempunyai minat menyanyi lagu-lagu ghazal, lagu Melayu asli, keroncong dan padusuara. Ada diantara mereka telah berjaya membuat rakaman album dan menjadi artis seperti Natasha Yazir atau 'Tasha' dan Haslinda Halit atau 'Linda'. Para peserta vokal diberi latihan pengkhususan dari segi kemantapan suara, pernafasan, senaman dan membina keyakinan diri serta teknik penyampaian.

Alat Muzik Tradisional
Pengenalan
Laman Web Alat Muzik Tradisional Malaysia ini dibangunkan dengan tujuan untuk mewarwarkan kepada masyarakat sejagat terutama generasi muda. Disamping itu dapat memberi pemahaman lebih jelas tentang rupabentuk dan fungsi serta bunyi alat muzik itu.
Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.
Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:
Kordofon
Membranofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.
Erofon
Idiofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.
Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

Budaya Muzik
Kategori:Budaya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati). Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia.
Ahli antropologi menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada keupayaan manusia sejagat apabila mereka mengelaskan pengalaman serta mengekod dan menyampaikan buah fikiran secara simbolik. Mereka menganggap keupayaan ini sebagai ciri yang menentukan genus Homo. Oleh sebab budaya adalah sesuatu yang dibelajari, orang yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan.
Subkategori
Terdapat 12 subkategori pada kategori ini.
B
[+] Budaya pop
F
[+] Falsafah
[+] Filem
H
[+] Hiburan
K
[+] Kesusasteraan
M
[+] Muzik
[+] Muzium
P
[+] Pendidikan
[+] Permainan
P cont.
[+] Politik
S
[+] Silat
[+] Sukan

Kategori Muzik
Kategori:Muzik
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Muzik merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Takrif sebenar muzik juga berbeza:
Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya;
Apa-apa bunyi sahaja yang dihasilkan secara sengaja.
Sesetengah orang menganggap muzik tidak wujud sama sekali. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, penciptaan, perbaikan dan persembahannya adalah suatu seni. Sedangkan mendengar muzik adalah sejenis hiburan, mempelajari dan memahaminya adalah sejenis disiplin.
Subkategori
Terdapat 5 subkategori pada kategori ini.
A
[+] Ahli muzik
[+] Alat muzik
G
[+] Genre muzik
[+] Gubahan muzik
M
[+] Muzik pop
Rencana dalam kategori "Muzik"

Muzik Tradisional Di Malaysia
Muzik Tradisional
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jump to: navigation, search
Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri.
Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan untuk golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)