Monday, March 19, 2007

Dikir Rebana

Ia memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini. Rebana diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan. Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang.

Gendang Pahang

Gendang Pahang

Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.

Dikir Barat

Dikir Barat

Ia adalah satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai dengan seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Meraka akan sama-sama berbalas pantun dan mendahului nyanyian dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar. Awak-awak akan menyanyi dengan suara yang lantang dan kuat. Alat muzik yang biasa dimainkan ialah rebana ibu,rebanak anak dan tetawak.

Bongai

Utama / Kesenian / Muzik / Bongai

Bongai

Ia adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.
Alat Muzik Bongai
Berbongai

Boria



Boria

Ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Muzik dan tarian yang dimainkan pun mirip bentuk Arab. Malah bahasa yang digunakan pun tèlor Arab.
Tukang Karang
Kumpulan Boria
Persembahan Boria

Dondang Sayang

Dondang sayang

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Makyong

Muzik dan Peralatan

Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.
Peralatan Muzik

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.
Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.
Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.

Alat-alat Pembukaan Panggung

Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.